Thursday, March 26, 2009

Aie Returns!!!!!

salam alaik..salam sejahtera..

haha...dah lama xtulis kat blog sendiri...asik update blog n website org jer..hihi..
semenjak dua menjak ni sibuk ngn parlimen, ahli parlimen n mcm2 lg la...
kat hostel tenet lak cam hampeh..nama je undispute..tp xleh diharap lgsung..harap jer full bar hehe..
final exam pon nak dekat...stadi x lagi..weekends ni stat stadi la...wisau lor...
harap dpt la reult yg cun melecun sem ni..ameen...

to pali@shazni...bkn nya aku xnk update blog ni..tp kalo aku nak...dah lama dah.huahua...
ko pon ape kurang nya...dah naek bersawang blog ko tuh...ckp org jer..hihi..

k.la..kalo ader ape2 info nnti..aku info..k...chow!!

Friday, October 10, 2008

Salam Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Thursday, September 25, 2008

Cubaan Membunuh Anwar Sejak 1990


Berikut adalah Pendedahan Dari Ahli Parlimen Kulim - Zulkifli Nordin mengenai beberapa teori percubaan membunuh DSAI. 

30 June 2008 Oleh FND pada 12:01 AM 
Label: DSAI, Terkini

Assalamua'laikum to all,

Kami menerima maklumat daripada beberapa sumber termasuk dari Unit Perisikan sebuah negara jiran yang memaklumkan kepada kami ada cubaan untuk membunuh DSAI di mana beberapa orang pembunuh upahan (hired killer) telah dibawa masuk baru-baru ini.

Perlu saya ingatkan bahawa cubaan untuk membunuh DSAI telah berlaku sejak awal 1990an lagi:

1. Helikopter Nuri yang membawa DSAI semasa beliau TPM jatuh terhempas selepas menghantar beliau ke Pulau Pinang penghujong tahun 1990an. Tidak lama selepas itu berlaku peristiwa pemecatan DSAI. Helikopter tersebut disyaki telah disabotaj.

2. Sistem brake kenderaan rasmi DSAI telah disabotaj menyebabkan ia hampir meragut nyawa DSAI apabila kenderaan tersebut menuruni bukit di Langkawi semasa lawatan rasmi DSAI sebagai TPM. Kecekapan pemandu kenderaan tersebut menyelamatkan DSAI. Perkara yang hampir sama berlaku kepada peguam utama DSAI Allahyarham Aris Chris Fernando bila sistem brake kereta Jaguarnya disabotaj hingga beliau hampir kemalangan serius di lebuhraya KL-Seremban semasa kes DSAI sedang berjalan.

3. Helikopter yang sepatutnya membawa DSAI telah disabotaj menyebabkan rakan beliau Tan Sri Yahya Ahmad terkorban apabila helikopter tersebut jatuh terhempas. Asalnya DSAI dijadualkan menaiki heli tersebut keesokan paginya tetapi TS Yahya menggunakannya malam itu untuk menziarahi ibunya yang sakit.

4. Cubaan membunuh DSAI semasa penangkapannya tahun 1998 bilamana unit UTK Polis menyerbu masuk rumah DSAI dengan senjata lengkap pada 20 Sept 1998. Namun usaha itu gagal kerana UTK mendapati terlalu ramai orang awam dirumah DSAI semasa itu.

5. Cubaan membunuh DSAI semasa dalam tahanan di Penjara Sg. Buloh melalui racun arsenik. Cubaan ini disahkan oleh Polis Australia yang menyiasat racun tersebut di Makmal Polis Melbourne.

Jadi berdasarkan rentetan cubaan membunuh ini, kami berpendapat maklumat yang kami terima berkenaan cubaan terbaru ini tidak bolej dipandang ringan. 
Atas sebab itulah kami membuat keputusan menasihatkan DSAI menerima 
tawaran Kedutaan Turki untuk melindungi DSAI. Kami berharap rakyat 
bertenang namun sentiasa mengikuti perkembangan mutakhir dan 
mendapatkan maklumat dari sumber-sumber yang sahih. - Adios Zulkifli Noordin.

Wednesday, September 10, 2008

Perodua Viva Bodykit Artist's Impression

Theophilus Chin works his magic with Photoshop again to tease our imagination with his concept of how a special edition kitted up Perodua Viva might look like. His Perodua Viva Special Edition was created by adding the original Daihatsu Charade’s front bumper, widening its corner vents, adding fog lights from Peugeot 207 GTi, widening the front and rear wheel fenders, adding bigger wheels and rims from the Peugeot 207 GTi, deeper side skirt, black B and C-pillars, darkened headlights surrounds, a new grille from Mazda 3, and finally doing the body up in a metallic red-ish tone.

Image and Article from paultan.org

Massive particle collider passes first key tests

GENEVA - The world's largest particle collider passed its first major tests by firing two beams of protons in opposite directions around a 17-mile (27-kilometer) underground ring Wednesday in what scientists hope is the next great step to understanding the makeup of the universe.
What is Big-Bang? Click Here

Saturday, September 6, 2008

Wedding Photo Shoot - A Day To Remember









Wedding Photo Shoot - A Day To Remember. Captured moments from the major quake in Si Chuan. It was a day to remember...Their Wedding shoot. At the famous 100-year-old Church of the Annunciation in Pengzhou, China. Morning May 12, photographer Wang went about preparing to shoot wedding pictures for a young couple, this was the test shot before the shoot...



Pengzhou is located in the Sichuan province. It was morning May 12, 2008. And then it happened.... the earth quake! 7.8 on the Richter scale. Bricks fall from the building during the earthquake, which turned Wang from a wedding photographer into a journalist.



'Thank God we were only shooting from outside the church!' remarked a helper. The stunned couple huddles together at the church ground during initial tremors.’ I shouted to people, 'Run! Run!'' said photographer Wang Qiang. 'The ground shook and we couldn't see anything in the dust.' As the dust began to clear, the true extent of damage was only beginning to appear...



A cracked facade was all that remained of the 100-year-old Church of the annunciation after the quake. Most of the church 'collapsed in 10 seconds,' said Wang, Who lives in Chengdu, capital of hard-hit Sichuan province. Soon after the quake, the people at the seminary set out for a nearby village, but residents warned them the route was blocked. 'We could still hear landslides,’ Wang wrote in an online account of the disaster. So they stayed overnight in a tent and made it to the village the next day, thanks to help from a truck driver.



A scarf from a wedding dress lies forgotten in front of the seminary. Wang said he thought the catastrophe would strengthen the bonds of the couples who were there that day: 'Having gone through a life-and-death test, they surely will clasp hands and grow old together.'






No one was harmed at the above location. They’ll sure have a Wild story to tell their Children!

AMALAN YANG TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7.. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: 'Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.' (Riwayat Bukhari)